Friday, February 6, 2009

HMT 329: Cara Menyebut Gong Xi Fa Chai

Gung Hi Fat Choi ( Hakka)
Gong Xi Fa Chai ( Mandarin)
Gung Hei Fat Choi (Kantonis)

Thursday, February 5, 2009

HMT329: Perbandingan Posisi Konsep Milik

1.0 Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, punya beerti mempunyai iaitu ada, memiliki, dan kepunyaan iaitu sesuatu yang dimiliki, hak, milik (2002: 1072). Milik pula beerti kepunyaan, hak (2002: 89). Maka, konsep milik juga disebut sebagai konsep punya. Esei ini membincangkan perbezaan konsep ‘milik atau punya’ dalam bahasa Melayu baku, dialek Utara, dialek Hakka dan dialek Mandarin. Dialek Utara yang dituturkan oleh Azri dan dialek Hakka serta bahasa Mandarin yang dituturkan oleh Koh Siew Kin. Kami juga berasal dari negeri Perak. Tujuan esei ini adalah untuk melihat perbezaan konsep milik terumatanya dari segi struktur ayat antara kedua-dua dialek tersebut dan bahasa Mandarin. Selain itu, konsep milik juga disebut sebagai konsep punya, genetif dan posesif.

2.0 Analisis Data
Perbezaan penggunaan konsep milik ini dapat dilihat berdasarkan contoh-contoh di bawah.

Contoh 1:
Tu tiket hang (Dialek Utara)
itu tiket awak (Terjemahan)
Tiket itu kepunyaan awak (Bahasa Melayu baku)

tei kai hei yea dei fui (Dialek Hakka)
Itu ialah awak tiket (Terjemahan)
Tiket itu kepunyaan awak. (Bahasa Melayu baku)

Je shi ni de pie (Bahasa Mandarin)
Itu ialah awak tiket (Terjemahan)
Tiket itu kepunyaan awak. (Bahasa Melayu baku)



Contoh 2:
Dia ada banyak ang pau. (Dialek Utara)
Dia mempunyai ang pau yang banyak. (Bahasa Melayu baku)

Ki you hai do hang pao. (Dialek Hakka)
Dia ada banyak ang pau. (Terjemahan)
Dia mempunyai ang pau yang banyak. (Bahasa Melayu baku)

Ta you hao do hang pao. (Bahasa Mandarin)
Dia ada sangat banyak ang pau. (Terjemahan)
Dia mempunyai ang pau yang banyak. (Bahasa Melayu baku)


Dalam esei ini, kami memberikan dua contoh dengan menggunakan bahasa Melayu baku, dialek Utara, dialek Hakka dan bahasa Mandarin untuk membandingkan posisi konsep milik dengan struktur ayat yang berlainan.

Berdasarkan data-data di atas, kami mendapati bahawa terdapat perbezaan penggunaan kata untuk menunjukkan konsep milik keempat-empat bahasa atau dialek ini. Dalam contoh pertama, terdapat penggunaan konsep milik dalam dialek Hakka dan bahasa Mandarin. Perkara ini ditunjukkan melalui ayat ‘tei kai hei yea dei fui (dialek Hakka)’ dan ayat ‘Je shi ni de pie (bahasa Mandarin)’. Dalam kedua-dua ayat ini, terdapat penanda konsep milik yang diwakili oleh kata ‘dei’ dan kata ‘de’. Manakala, perkara ini berlainan dalam dialek Utara kerana dialek ini tidak menggunakan kata “punya” sebagai penanda konsep milik yang seperti dalam ayat ini ‘Tu tiket hang’. Dalam contoh kedua, tidak mendapat penggunaan konsep milik dalam keempat bahasa atau dialek ini. Perkara ini ditunjukkan melalui ayat ‘Dia ada banyak ang pau (dialek Utara)’, ‘tei kai hei yea dei fui (dialek Hakka)’ dan ayat ‘Je shi ni de pie (bahasa Mandarin)’. Dalam ayat-ayat ini, tidak mendapat penanda konsep milik yang seperti dalam contoh pertama walaupun kedua-dua contoh ini juga menunjukkan sesuatu benda kepada seseorang tetapi hanya contoh pertama menggunakan konsep milik. Perkara ini kerana struktur ayat dan situasi berbeza dalam keempat-empat bahasa atau dialek ini.

Selain itu, kajian ini juga mendapat perbezaan struktur ayat antara keempat-empat bahasa atau dialek ini. Struktur ayat dalam bahasa Mandarin dengan dialek Hakka adalah sama tetapi berlainan dengan stuktur ayat dalam bahasa Melayu baku dengan dialek Utara. Dalam ayat bahasa Mandarin dan dialek Hakka, unsur keterangan diletak pada bahagian hadapan ayat tetapi perkara ini berlainan dalam bahasa Melayu baku dan dialek Utara iaitu unsur keterangan pada bahagian belakang ayat.

3.0 Kesimpulan
Selepas analisis dijalankan, kami telah mendapati bahawa perbezaan dan persamaan penggunaan konsep milik dalam bahasa Melayu baku, dialek Utara, dialek Hakka dan bahasa Mandarin. Perkara ini boleh dilihat dari segi struktur ayat dalam keempat-empat bahasa atau dialek ini. Selain itu, dialek Hakka dan bahasa Mandarin tidak mematuhi hukum D-M jika dibandingkan dengan dialek Utara yang mematuhi hukum D-M seperti dalam bahasa Melayu baku.

Perbincangan:
7, Koh Siew Kin
14, Norazri bin Ismail

Monday, February 2, 2009

HMT 329: Meet Uncle Hussein



Lagu Untukmu

Tiada bintang

Dapat menerangkan hati yang telah dicelah

Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri

Aku tetap begini

Takkan berubah kerna aku tetap aku

Dan lalu rindumu bukanlah aku


Bahagia kau dan fikiranmu

Berbeza

Kau dan juga aku

Dua hati yang tak mungkin bersatu


Apakah aku

Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari-jarimu

Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan

Cukup cukup oh cukuplah


Tak faham tak faham

Tak dapat ku faham

Melayan sikapmu perawan

Berbeza-berbeza

Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan bebaskan

Kunci dilepaskan

Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja

Hubungan kita berdua

Pada pendapat saya, lirik lagu " lagu untukmu" ini yang menyampai perasaan kepada pendengar. Penyanyi ingin membangkitkan perasaan dan pengalaman pendengar-pendengar. Penyanyi cuba menerangkan perasaan cinta tetapi terpaksa berpisah kepada pendengar melalui lirik lagu ini. Perasaan 'pahit dan masam' ini sebenarnya dimiliki oleh perempuan. Oleh itu, penjiwaan lagu ini berbeza kerana dinyanyi oleh lelaki.