Wednesday, April 1, 2009

HMT329 Analisis Kontrastif-Laporan Perjalanan ke Gurney

Pada 22 Mac 2009, pelajar yang mengambil kursus HMT329 telah berkumpul di pintu depan Universiti Sains Malaysia pada pukul 8.00 pagi. Perkara ini kerana kami yang mengambil kursus HMT 329 ini mengadakan satu aktiviti iaitu pengembaraan ke Gurney. Namun, pengembaraan kami menaiki bas Milan ke KOMTAR sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Kota, kemudian berhenti di Jeti untuk menaiki bas ke Gurney. Objektif pengembaraan ini adalah mengambil perhatian tentang kegunaan bahasa Melayu dengan tepat atau tidak semasa perjalanan ini.

Dalam perjalanan ini, kami telah mengetahui banyak papan tanda dan poster juga mempunyai kesilapan penggunaan kata sendi nama di dan awalan di-. Perkara ini kerana kedua-dua kata atau awalan ini sentiasa silap digunakan antara satu sama lain. Awalan di- boleh didefinisi sebagai awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja ayat pasif bagi ayat-ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Awalan di- sebagai pembentuk kata kerja pasif mempunyai hanya satu bentuk, iaitu di- dan awalan ini dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama yang seperti dalam ayat ini Surat itu ditulis oleh adik saya. Berdasarkan ayat ini, awalan di perlu digabungkan dengan kata dasar yang mengikutinya (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, 2006: 168-170).

Seterusnya, kesilapan penggunaan awalan di- seperti di larang, di hadapan, dan sebagainya dalam contoh ayat-ayat di bawah. Berdasarkan contoh ini, kami mendapati bahawa kesilapan penggunaan awalan di- telah berlaku kerana afiks di- ditulis terpisah daripada kata kerja atau frasa kerja yang mengikutinya yang seperti kata sendi nama di yang digunakan dalam contoh-contoh ini. Berdasarkan contoh-contoh ini, kata sendi nama di ini tidak sesuai digunakan kerana kata sendi namaa ini digunakan untuk menunjukkan tempat. Oleh itu, awalan di- patut digunakan untuk membentuk kata kerja ayat pasif bagi ayat-ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga dalam contoh-contoh ini. Dengan itu, awalan di- patut ditulis dengan menggabungkan kata dasar golongan kata kerja dalam contoh-contoh ini seperti dilarang, dihadapan, dan sebagainya. Selain itu, terdapat kesalahan ejaan digunakan dalam contoh ayat-ayat di bawah seperti basikel. Contoh kesilapan penggunaan awalan di- ini didapati daripada ayat-ayat di bawah, iaitu:

1) Di-larang meletak basikel2 di-hadapan gudang ini.

2) Di larang masuk jika tiada kebenaran.

Selain itu, kata sendi nama di berfungsi dalam adverba tempat yang berdiri sebelum kata nama tempat dan kata nama konkrit, dan tidak boleh berdiri sebelum kata nama manusia (Asmah Hj. Omar, 1993: 184-185). Kata sendi nama di ini juga dikenali sebagai kata sendi nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dalam buku Tatabahawa Dewan. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama di ini tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contohnya: Ibunya bekarja di sekolah itu. Contoh ini menunjukkan kegunaan kata sendi nama di yang betul kerana kata sendi nama di perlu dieja terpisah daripada kata nama tempat iaitu sekolah itu (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, 2006: 252-253). Namun, berdasarkan pengamatan kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penggunaan di pada papan tanda dan sebagainya.

Dengan itu, contoh yang kesilapan penggunaan kata sendi nama di adalah disebelah, dikalangan dan sebagainya. Berdasarkan contoh-contoh ini, kami mengenal pasti kesilapan penggunaan kata sendi nama di berlaku kerana kata sendi nama di ditulis dengan menggabungkan kata nama atau frasa nama yang mengikutinya yang seperti awalan di-. Sebenarnya, kata sendi nama di ini patut ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya seperti di sebelah, di kalangan dan sebaginya. Contoh kesilapan penggunaan kata preposisi di ini didapati daripada contoh-contoh di bawah, iaitu:

1) Perhentian bas ini telah ditempatkan semula ke tapak disebelah Gudang 8, 150 meter dari sini.

2) Menjadi yang pertama dikalangan......

Selain itu, saya Koh Siew Kin yang orang Cina dengan menggunakan bahasa Melayu semasa saya bertanya soalan dalam kedai-kedai di pusat Gurney. Pada masa itu, kebanyakan pekedai Cina juga berasa terkejut semasa saya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selain itu, mereka menjawab soalan saya juga agak-agak dengan mencampur bahasa Inggeris.

Ahli Kumpulan:

Naseebah (4)

Koh Siew Kin (7)