Friday, January 16, 2009

HMT329:Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna

HMT329:Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna
Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna Tajuk : Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna untuk berita Bernama berbahasa Mandarin dan berbahasa Melayu [Analisis Kontrastif Semantik]
1.0 Pendahuluan
Esei ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan antara hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama bahasa Mandarin dan berita Bernama bahasa Melayu. Saya akan mengkaji dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa.Data yang dibuat perbandingan dalam bahasa itu sendiri contohnya dalam bahasa Mandarin itu sendiri merupakan intrabahasa. Manakala, data yang dibandingkan dengan bahasa lain merupakan interbahasa. Sinonim dapat didefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama dalam sesuatu bahasa [ Kamus Linguistik, 1997: halaman 204 ].
2.0 Tujuan
Tugasan ini akan menganalisis kesinoniman kata nama yang wujud di dalam rencana tersebut akan disenaraikan dan diberi definisi secara harfiah. Tujuannya adalah untuk melihat hubungan antara perkataan tersebut dengan makna kamus dengan makna yang digunakan oleh penulis di dalam penulisan rencana tersebut. Di sini, persamaan dan perbezaan pengunaan perkataan dapat dikenalpasti dan dianalisis pada bahagian dapatan dan analisis
3.0 Kaedah
Kaedah yang digunakan oleh kami dalam kajian ini ialah kaedah korpus. Saya hanya mengkaji kata nama sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Dalam kata nama tersebut, saya hanya memfokuskan penggunaan ’datuk’ dan ‘na_du’(拿督) dalam kedua-dua bahasa ini.
4.0 Dapatan dan Analisis kajian
Aspek makna yang dikaji oleh saya ialah sinonim. Sinonim ialah perkataan yang sama erti atau maknanya. Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata dengan makna. Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, kata seerti; kata yang bersinonim mempunyai kata-kata yg sama atau hampir sama maknanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sinonim ialah perkataan seerti atau kata yang mempunyai sama maksud (Wikipedia, 18 Jan 2009). Pernyataan ini disokong oleh F.R.Palmer (1989:97) dalam buku Semantik: Sinonim ialah set perkataan yang mempunyai makna yang sama iaitu perkataan-perkataan itu seerti atau bersinonim di antara satu sama lain. Kata nama ‘datuk’ dalam bahasa Melayu dengan kata nama ‘na_du’ (拿督) dalam bahasa Mandarin mempunyai makna yang sama iaitu bersinonim antara satu sama lain. Kata nama ‘na_du’ (拿督) adalah nama gelaran. Nama gelaran ini digunakan kepada orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dalam bahasa Mandarin. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata nama 'datuk' ini bermakna bapa kepada ayah atau ibu seseorang, hantu sesuatu tempat, berhala atau dewa(kepada orang Cina yang mempunyai kepercayaan tertentu) dan gelaran kehormat kepada orang yang berpangkat atau bermartabat tinggi (yang biasanya menjadi pembesar negeri) serta geralan kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu( sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara). yang mempunyai makna yang agak sama dengan kata nama ‘datuk’ dalam bahasa Melayu. oleh itu, kedua-dua kata ini mempunyai makna yang sama iaitu geralan kehormat yang seperti dalam contoh-contoh di bawah. contohnya:
1) Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Mustapa Mohamad berkata...(bahasa Melayu)
巫统最高理事拿督慕斯达法说(Goh_dong_zui_gao_li_shi na_du_mo_se_da_fa shuo)....(bahasa Mandarin)
Dalam contoh di atas, kata 'datuk' dan kata 'na_du' mempunyai makna yang sama seperti nama gelaran yang boleh bertukar guna dalam kedua-dua bahasa itu.
5.0 Penutup
Secara kesimpulannya, kata nama ‘na_du’ (拿督) dalam bahasa Mandarin adalah bersinonim dengan kata nama ‘datuk’ dalam bahasa Melayu. Penggantian ini adalah kesesuaian penggunaan dalam kedua-dua bahasa itu.
6.0 Rujukan:
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
R.F.Palmer. 1989. Semantik (Penterjemah: Abdullah Hassan) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa Dewan. 2006. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

7.0 Lampiran
Sokongan Pengundi Terhadap BN semakin Bertambah
KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) yakin perubahan sokongan lebih positif pengundi kepada calon parti itu dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan kekal sehingga hari pengundian Sabtu ini.Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Mustapa Mohamad berkata berbeza semasa peringkat awal kempen yang menyaksikan parti pembangkang lebih dominan, peningkatan sokongan terhadap BN semakin jelas sejak kebelakangan ini hasil usaha jentera BN yang sudah berkampung di sini sejak awal lagi."Memang peringkat awal agak sukar dan kita hadapi cabaran sengit tetapi sehari dua ini nampak ada peningkatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Padang Hiliran di sini hari ini.Mustapa, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata jentera BN yang menjalankan kempen dari rumah ke rumah juga mendapat reaksi yang baik daripada pengundi termasuk di kawasan PAS."Bila masuk ke kubu mereka pun, 'mood' mereka lebih mesra, tidak ada ketegangan berlaku. Kita bersyukur kerana semua yang terlibat, dari BN dan juga pembangkang amat bertanggungjawab semasa berkempen," katanya.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail daripada BN pada 28 Nov lalu.Ia melibatkan pertandingan antara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada BN, Mohd Abdul Wahid Endut daripada PAS dan calon Bebas, Azharudin Mamat.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=383843


瓜登选民对国阵候选人的支持已越来越明显

(瓜拉登嘉楼15日马新社讯)国阵有信心瓜登选民对该党候选人的大力支持将能维持到本周六投票日。

巫统最高理事拿督慕斯达法说,这和竞选活动刚开始的阶段有别,当时反对党看来更占优势,不过在过去几天 对国阵候选人的支持已经越来越明显,这是国阵竞选机制的努力成果 。

他说,国阵的竞选机制很早就在这里驻扎。

他是今日在这里的巴东希里兰巡视农民市场后对记者这么说。

也是农业与农基工业部长的慕斯达法说,国阵竞选机制沿户拜访选民的活动已经取得很好的反应,包括在一些回教党的堡垒区。

他说:“我们连回教党堡垒区也进入,他们的‘情绪’还好,并没有发生任何紧张的事故,我们要感谢上苍,因为国阵和反对党的助选人员都很负责任。”
VL vL

Gua_deng xuan_min dui guo_zhen hou_xuan_ren de ji_chi yi yui lai yui ming xian.

(gua_la_deng_ja_lou se_mou_jin ma_sien_se xun) guo_zhen you xing_xin gua_deng xuan_min dui kai_dang_hou_xuan_ren de lit ji_chi jiang neng wui chi dao beng_zhou_liew tou_piao_jin.

Goh_dong_zui_gao_li_shi na_du_mo_se_da_fa shuo, zhe he jing xuan huo_dong kang kai hei de jai dong you bon, dang_shi fan_dui_dang kan lai geng zhan yu_se, bu ko ji koh qu ji_tian dui guo_zhen hou_xuan_ren de ji_chi yi ying yui lai yui ming xian, zhe shi guo_zhen jing_xuan_ji_jing de lu lit chen_ko.

Ta shuo, guo_xuan de jing_xuan_ji_jing hen zao jiu zai zhe_li zhu za.

Ta shi jin_ri zai zhe_li de ba_dong_si_li_lan xun shi nong_min shi_chang hou dui ji_zhe zhei mo shuo.

Ye shi nong_ye yu nong_ji_gong_ye bu_zhang de mo_se_da_fa shuo, guo_zhen jing_xuan_ji_jing yang hu bai fong xuan_min de huo_dong yi jin che dei hen hao de fan_ying, bao kuo zai yi xie hui_jiao_dang de bao_lei_qu.

Ta shuo:wo_men len hui_jiao_dang bao_lei_qu ye jin ru, ta_men de ‘qin_xu’ hai hao, ping mei you fa se ren he jing jong de shi_ku, wo_men yao gan xie shang_cang, yin wui guo_zhen he fan_dui_dang de zhu_xuan_ren_yuan du hen fu ze ren.
http://mandarin.bernama.com/v2/updatenews.php?id=38392

1 comment:

  1. harap data disimpan untuk korpus dan konkordans ye;) hilang... menangis kita satu kelas

    ReplyDelete